unknown.
Thursday, 18 June 2015
aku dengan gembira tutup
berpura tidak kisah
berpura tidah ambil hati
aku cuba pertahankan senyum
cuba untuk mula episod baru.
tapi semua seakan menghentam aku
saat aku cuba senyum gelak
kenapa mesti ada saja orang yang cuba hancurkan
cuba untuk musnahkan
takpe aku pertahankan lagi
untuk menunjukkan yang aku kuat
pertahankan yang sebenarnya
aku okay dan aku baik-baik sahaja
sebab aku tak suka sama sekali
orang minta maaf dengan aku
walau itu memang salah dia
sebab aku dalam diam dalam marah
sebenarnya aku mudah memaafkan.
disebabkan sikap ini ramai yang pijak aku
yang fikir bila mereka dah pijak aku tak bagi apa respon
kau silap dan dalam masa yang sama kau untung
sebab kalau aku jenis suka bagi respon lepas orang pijak
kau sudah pasti akan makan hati lebih dari aku
sudah pasti kau akan benci akan aku
sebab tu aku diam.
sebab prinsip aku dua
satu, biar orang pijak aku jangan aku balas balik
dua, bersabar walau hati tengah parah.
TAMAT.